Sindiket seludup PATI Pakistan di Pantai Timur ditumpaskan JIM menerusi Ops Gelombang IV pada 11 September lalu di beberapa lokasi di Kelantan.foto Ihsan JIM Putrajaya

KUALA LUMPUR – Satu sindiket penyeludupan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) didalangi ditumpaskan oleh Jabatan Imigresen dengan penahanan lapan lelaki warga Pakistan dalam Ops Gelombang IV di beberapa lokasi di Kelantan pada 11 September lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, siasatan mendapati modus operandi sindiket adalah menyeludup PATI dari Pakistan dengan menaiki pesawat dan mendarat di Thailand sebelum mereka dibawa melalui pengkalan haram melintasi sempadan Malaysia-Thailand.

“Dalang utama sindiket dipercayai mengenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi setiap PATI untuk masuk ke Malaysia yang kemudian akan membawa mereka ke destinasi tertentu di luar Kelantan seperti Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Ruslin, berdasarkan maklumat hasil risikan, dua pasukan operasi telah diatur
gerak ke dua lokasi berasingan di negeri tersebut dengan pasukan pertama mengekori sebuah kenderaan yang digunakan sindiket untuk membawa PATI yang baru diseludup masuk.

Katanya, pasukan tersebut berjaya memintasn kenderaan yang dinaiki oleh sindiket itu di Pasir Mas, Kelantan.

Sindiket seludup PATI Pakistan di Pantai Timur ditumpaskan JIM menerusi Ops Gelombang IV pada 11 September lalu di beberapa lokasi di Kelantan.foto Ihsan JIM Putrajaya

Ruslin berkata, hasil serbuan itu, pasukan operasi berjaya menahan tiga orang lelaki warga Pakistan yang terdiri daripada transporter dan PATI yang baru diseludup masuk.

“Manakala, pasukan kedua pula telah mengempur sebuah premis kediaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu yang disyaki dijadikan tempat transit PATI dan berjaya menahan seramai lima orang lelaki Pakistan termasuk dalang utama sindiket ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas mereka, pasukan operasi turut merampas wang tunai sebanyak RM2,000, lapan naskah pasport Pakistan yang tidak mempunyai Cap Masuk ke Malaysia serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah kereta yang dipercayai digunakan untuk tujuan penyeludupan itu.

Sindiket seludup PATI Pakistan di Pantai Timur ditumpaskan JIM menerusi Ops Gelombang IV pada 11 September lalu di beberapa lokasi di Kelantan.foto Ihsan JIM Putrajaya

“Dalang utama sindiket ini adalah merupakan lelaki Pakistan dan pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, suami kepada wanita warga tempatan di sini manakala transporter yang juga merupakan lelaki Pakistan dan pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang masih sah laku,” ujar beliau.

Beliau berkata, sindiket terbabit dipercayai aktif dalam menyeludup PATI sejak Mei 2022 dan dan menyasarkan wanita tempatan untuk dijadikan isteri.

Menurut Ruslin, dalang utama dan transporter warga Pakistan itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam lagi PATI lelaki Pakistan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

“Kesemua suspek kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut dan tindakan lanjut di bawah akta Imigresen,” katanya sambil menambah suspek berumur antara 30 hingga 50 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast