Fusa Tatsumi

TOKYO – Bilangan warga emas berusia 100 tahun di Jepun dianggarkan mencapai rekod 92,139 orang, paling ramai adalah golongan wanita yang menyumbang 88.5% daripada jumlah keseluruhan, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan bajikan.

Bilangan mereka yang berumur 100 tahun ke atas, setakat ini meningkat 1,613 berbanding setahun sebelumnya untuk kenaikan tahunan ke-53 berturut-turut.

Isnin depan adalah sambutan Hari Penghormatan Warga Emas di Jepun.

Terdapat purata 73.74 orang warga emas berusia 100 tahun bagi setiap 100,000 orang di Jepun, salah satu populasi yang paling cepat menua di dunia.

Wanita berusia 100 tahun berjumlah 81,589, meningkat 1,428 daripada tahun sebelumnya.

Wanita tertua Jepun ialah Fusa Tatsumi berusia 116 tahun dari wilayah Osaka.

Purata jangka hayat wanita Jepun ialah 87.09 tahun pada 2022 manakala lelaki 81.05 tahun.

Lelaki berusia 100 tahun dianggarkan meningkat sebanyak 185 daripada setahun sebelumnya kepada 10,550.

Lelaki tertua di negara ini bernama Gisaburo Sonobe berusia 111 tahun dari wilayah Chiba. – Agensi