KUALA LUMPUR – Pelbagai gimik diadakan oleh pelbagai pihak dalam usaha menyokong usaha kerajaan untuk menyemaikan lagi semangat cinta negara dalam kalangan rakyat sempena sambutan Hari Malaysia esok.
Tidak ketinggalan, pusat salun terkenal iaitu ChezKamya Professional yang mengadakan demonstrasi bertema ‘salun di jalanan’ di tengah-tengah laluan sesak lampu isyarat Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Ia juga merupakan gimik yang meraikan ulang tahun pertama ChezKamya Professional dalam usaha bertemu orang ramai lebih dekat termasuk mereka berikan produk serta baucer secara percuma.
Malah warga kota turut teruja melihat ketangkasan pendandan rambut terkenal, Chez Hamdan yang beraksi dramatik menggunting rambut sepantas kilat di tepi jalan sambil dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang.
“Demonstrasi ini mengetengahkan konsep selangkah atau pun ‘near-to-them dan sempena meraikan ulang tahun pertama ChezKamya, kami memilih aktiviti keluar bertemu pelanggan dan pengguna di jalanan berbanding kebiasaannya pelanggan yang datang ke salun.
“Acara bermula di restoran Daigor Sungei Wang dan berakhir di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur di mana kami juga memanfaatkan kesempatan ini untuk menyatakan rasa cinta kepada negara dengan mengibarkan jalur gemilang sepanjang berarak sebagai simbolik kepada meraikan sambutan Hari Malaysia esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Berpengalaman 17 tahun di dalam industri dandanan rambut, Chez Hamdan atau nama sebenarnya Hamili Hamdan antara pengusaha salun Bumiputera yang kekal relevan kerana memiliki prestasi cemerlang kepada pelanggan.
Sentiasa menyajikan perkhidmatan terkini, jenama ChezKamya kini cukup dikenali sebagai trendsetter atau penentu arah aliran terutamanya dalam kepakaran mewarna rambut serta potongan unik sehingga menjadi pilihan VVIP dan selebriti tempatan.
“Sempena 1 tahun ChezKamya, kami menambah nilai perkhidmatan di salun dengan memperkenalkan pasukan barber untuk menarik lebih ramai pelanggan lelaki serta segmen kecantikan, manicure dan pedicure buat golongan wanita.
“Paling penting kadar harga dikenakan sangat berpatutan meskipun servis taraf kayangan dan pelanggan boleh merasai sendiri getaran lima bintang dengan berkunjung ke salun ChezKamya,” katanya.
Sementara itu, selebriti yang juga usahawan terkenal, Erna Elliyana Rosli selaku rakan kongsi ChezKamya mengakui bangga dengan pencapaian yang dikecapi sejak pusat salun ditubuhkan setahun yang lalu.
“Saya dan Chez Hamdan telah lama bersahabat baik dan ketika negara sedang dalam pemulihan dari wabak Covid 19, kami memikirkan bagaimana kita saling dapat membantu untuk merancakkan semula perniagaan masing-masing.
“Sebagai seorang ahli perniagaan niat utama saya untuk bersama dengan peniaga-peniaga Islam yang berpotensi besar kerana percaya kepada kebersamaan yang dapat memacu perniagaan ke satu tahap yang lebih tinggi sekaligus memperbaiki ekonomi masyarakat Islam.
“Ternyata gabungan Chez dan Kamya saling melengkapi dan pelanggan melihat kami sebagai one stop centre khususnya bagi mereka yang menitikberatkan kecantikan dalaman serta luaran sebagaimana cogan kata sering saya laungkan cantik itu kamu!” katanya.
Sementara utu, sempena ulang tahun pertama ChezKamya, pelbagai promosi menarik dan tawaran istimewa menanti pelanggan.
Antaranya peluang mewarna rambut serendah RM50, promosi khas untuk penghantar brangan hanya RM20 termasuk diskaun 50 peratus untuk sesi manicure dan pedicure kepada semua pelanggan saya mendandan rambut,” katanya. – MalaysiaGazette