KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat seluruh negara menyambut Hari Malaysia dengan penuh semangat.
Katanya, lokasi sambutan tidak harus menjadi halangan untuk memeriahkan sambutan.
“Biarpun majlis itu akan diadakan di Kuching, kita di Semenanjung khususnya di Putrajaya juga wajib menjayakan perayaan ini dengan semangat yang sama dengan rakyat di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Kembara Merdeka Desa Madani Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2023 di Dataran Gemilang, Putrajaya pagi tadi.
Tambah beliau, rakyat pelbagai latar belakang perlu menterjemahkan semangat patriotisme masing-masing.
“Sambutan berkenaan bukan saja untuk menyuburkan semangat patriotisme, malah mampu menjadi tali pengikat utama kepada perpaduan bangsa di negara ini,” tambahnya.-MalaysiaGazette
Teringat peristiwa sekumpulan rakyat yang anti perlembagaan @anti establishment yang bergambar sambil menterbalikkan jalur gemilang tempohari.
Ianya perbuatan menghina jata negara. Sudahkah pihak polis menangkap mereka?