Najib Razak AGC
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Prosiding perbicaraan ke atas Datuk Seri Najib Razak berhubung kes pecah amanah harta berjumlah RM6.6 bilion yang ditetapkan tahun depan disifatkan sebagai satu penganiayaan dan satu kekejaman yang amat dahsyat kepada bekas perdana menteri itu, kata pentadbir Facebook Najib.

Lebih-lebih lagi apabila pihak pendakwaan juga tidak mahu mengulas sama ada mereka terima atau tolak surat representasi Najib setelah International Petroleum Investment Company (IPIC) menyelesaikan kes ini dengan Malaysia.

Malah, pihak pendakwaan juga tidak mahu memberi apa-apa komen tentang memo dalaman Jabatan Peguam Negara (AGC) yang ‘terbocor’ dan mendedahakan tiada satu bukti berpihak kepada pendakwaan dan Najib tidak patut didakwa sama sekali.

“Sebentar tadi, pihak pendakwaan kes IPIC tidak lagi mohon penangguhan bagi kes yang tertangguh selama 5 tahun sejak didakwa ini tetapi meminta mahkamah untuk tetapkan tarikh bicara.

”Hakim menetapkan bulan Jun 2024 tahun depan untuk perbicaraan bermula. Ini adalah satu penganiayaan dan satu kekejaman yang amat dahsyat bagi Najib.

“Didakwa Okt 2018…. Mula bicara Jun 2024. Hampir 6 tahun kemudian Berulang kali ditangguh pihak pendakwaan dan tangguh lagi ke bulan Jun tahun 2024 depan.

“Memo dalaman Pejabat Peguam Negara yang terbocor (sebulan dahulu tetapi AGC masih tidak mahu sahkan atau nafi keabsahan) mendapati dari kesemua 138 saksi yang memberi keterangan, tiada satu pun yang boleh menyokong kes pendakwaan.

“Malah, menurut memo tersebut, keseluruhan pasukan pendakwaan (iaitu 7 orang DPP dan 5 orang pegawai penyiasat) berpendapat bahawa kes IPIC tidak ada ‘Prima Facie’ untuk dijadikan sandaran pendakwaan,” katanya.

Menurut pentadbir Facebook itu, biarpun Najib dikatakan salah sebab membuat perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan nilai RM6.6 bilion tetapi IPIC telah membayar balik RM8.08 bilion (AS$1.8 bilion) kepada Kerajaan Perpaduan pada awal tahun ini.

“Pihak lain bayar balik RM8.08 bilion sebab Najib “gelapkan” RM6.6b ke? Tapi nilai AS$1.8 bilion ini adalah jauh di bawah nilai AS$7 bilion (RM32.7b) yang Najib tuntut dari IPIC untuk dibayar balik kepada Malaysia sebelum 30 Disember 2020 sebagaimana tertulis dalam perjanjian penyelesaian asal yang dibatal kerajaan Mahathir pada tahun 2018 – iaitu satu kerugian sebanyak AS$5.2 bilion (RM24.3 bilion).

“Adakah ini keadilan?,” soalnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Memang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung. Macam undang undang rimba. Itu masalahnya bila pengamal undang undang dibeli oleh ahli politik. Harapnya YDPA yang bijaksana buat pertimbangan yang adik dan saksama. Perdana Menteri pun bukan boleh kita harapkan sangat.

Comments are closed.