Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru, di sini pada Rabu lepas.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia berusia 27 itu bekerja sebagai operator kilang di kawasan Bayan Lepas sejak 2014 dengan menggunakan pas lawatan.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek disyaki menjalankan kegiatan ah long sejak tahun lepas dengan menyasarkan pekerja kilang di sekitar Bayan Lepas.

“Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan sama ada suspek turut melakukan ugutan jenayah jika peminjam gagal menbayar hutang. – BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.