BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang akan mengumumkan calon yang bakal bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 20 September ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lokasi pengumuman tersebut akan dibuat Dewan Umno Bahagian Bentong pada jam 8 malam.
Manakala Majlis Pelancaran Jentera BN bagi PRK DUN Pelangai diadakan pada petang hari yang sama di Dataran Sinpang Pelangai di Bentong.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 September sebagai Hari Penamaan Calon sempena PRK Pelangai ini.
Tarikh undi awal pula pada 3 Oktober manakala mengundi 7 Oktober depan.
PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.
Pada PRU15, Johari menang kerusi DUN Pelangai dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon PN, Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi). – MalaysiaGazette















