Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berucap selepas membuat laporan polis pada Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang dianjurkan oleh Perikatan Nasional ketika di Sogo, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 16 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Polis difahamkan akan memanggil 20 orang individu yang terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, semalam.

Perkara itu disahkan Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kepada MalaysiaGazette.

“Esok jam 10 pagi ada 20 orang yang terlibat dengan program Selamatkan Malaysia semalam akan dipanggil ke IPD Dang Wangi,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Semalam, lebih 1,000 peserta membanjiri ibukota dengan mula berarak dari Masjid Jamek Kampung Baru menuju ke pekarangan Sogo.

Beberapa pemimpin himpunan tersebut antaranya Tun Faisal; Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris dan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali pula memasuki IPD Dang Wangi untuk membuat satu laporan polis.

Laporan polis itu berkenaan kes melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast