Anggota bomba mengusung keluar mayat seorang lelaki OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berkelainan upaya (OKU) ditemui rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Ayer Itam di sini, awal pagi tadi.

Mayat mangsa, Yeoh Hock Chuan, 63, ditemui di bahagian bawah katil di salah sebuah bilik di kediaman tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 3.44 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bergegas ke lokasi.

Mohd Shakir.

Katanya, berdasarkan maklumat awal terdapat lelaki warga emas di dalam rumah berkenaan.

“Sebaik tiba, kita dapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah kampung kelas C dengan kemusnahan sehingga 90 peratus.

Pihak bomba masih melakukan kerja-kerja mengawal kebakaran di lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal pasukan penyelamat pada jam 4.28 pagi sebelum kita menemui mangsa ditemui dalam keadaan rentung,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa menghidap strok bahagian kanan sekali gus menyebabkan dia gagal menyelamatkan diri.

”Buat masa ini, pihak bomba masih melakukan kawalan kebakaran dan penilaian menyeluruh di lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast