TOKYO – Lebih 10 peratus rakyat Jepun telah melangkaui usia 80 tahun atau lebih buat kali pertama, data rasmi baharu menunjukkan, ketika negara itu berdepan pertambahan populasi menua.
Data kerajaan yang dikeluarkan menjelang cuti kebangsaan Hari Penghormatan Warga Emas pada hari Isnin, juga menunjukkan penduduk Jepun pada usia 65 tahun atau lebih meningkat kepada rekod 29.1 peratus daripada 29 peratus setahun lalu.
Kedudukan itu dibandingkan dengan tempat kedua Itali 24.5 peratus dan Finland di tangga ke tiga dengan 23.6 peratus.
“Jepun mempunyai peratusan penduduk tua tertinggi di dunia,” menurut kementerian dalam negeri.
Selama beberapa dekad, Jepun telah menyaksikan penduduknya menyusut dan bertambah tua apabila golongan muda menangguhkan perkahwinan sebahagian besarnya disebabkan pekerjaan yang tidak stabil dan kesukaran ekonomi.
Akibatnya, Jepun telah menyaksikan peningkatan kos untuk penjagaan warga emas dengan jumlah golongan muda yang tidak mencukupi untuk mengisi pekerjaan dan membayar pelbagai program sosial dan kebajikan.
Kementerian itu berkata, dengan populasi baby boomer yang mencecah 75 tahun atau lebih, 124.4 juta orang Jepun terus meningkat usia.
Kira-kira 12.59 juta orang berumur 80 tahun ke atas manakala 20 juta orang berumur 75 tahun ke atas, katanya.
Akibatnya, Jepun bergantung kepada tenaga buruh warga emas.
Lebih 9 juta warga emas bekerja, menyumbang 13.6 peratus daripada tenaga kerja, atau satu daripada tujuh pekerja di Jepun.
Satu perempat daripada semua warga emas di Jepun mempunyai pekerjaan, kurang daripada 36.2 peratus Korea Selatan, tetapi jauh mendahului negara membangun lain seperti Amerika Syarikat pada 18.6 peratus, dan Perancis pada 3.9 peratus.
Lebih satu pertiga daripada individu berusia antara 70 hingga 74 mempunyai pekerjaan di Jepun, data menunjukkan.
Menjelang 2040, penduduk tua Jepun diunjurkan mencakupi 34.8 peratus daripad