Ronaldo. Foto Sporting News.

TEHRAN – Cristiano Ronaldo mencipta satu  lagi rekod ketika kelabnya iaitu Al-Nassr mencatat kemenangan 2-0 ke atas kelab Iran, Persepolis dalam aksi Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi.

Walaupun gagal meletakkan namanya dalam senarai penjaring pada aksi itu, pemain berusia 38 tahun itu melakar rekod 1,000 perlawanan tanpa kalah (menang dan seri) sepanjang kariernya di kelab dan antarabangsa.

Sepanjang tempoh itu, pasukan diwakili Ronaldo menang sebanyak 776 perlawanan dan seri adalah 224 perlawanan.

Sementara itu, Al-Nassr menggunakan sebaik mungkin kelebihan menentang Persepolis yang beraksi dengan 10 pemain di Stadium Azadi yang kosong.

Kemenangan hadir selepas pasukan tuan rumah kehilangan Milad Sarlak yang dibuang padang tujuh minit selepas rehat apabila pemain Iran itu memijak Ronaldo ketika perebutan bola di tengah.

Perlawanan itu dilangsungkan dalam stadium kosong kerana penggantungan terhadap Persepolis oleh Konfederasi Bolasepak Asia dua tahun lalu dikuatkuasakan, mengecewakan ribuan peminat yang mengikuti Ronaldo sejak ketibaannya di Tehran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast