Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu melihat beras tempatan yang akan dijual kepada orang ramai semasa mengadakan lawatan kerja bagi pelan intervensi pengedaran beras putih tempatan (BPT) di Agrobazaar Kedai Rakyat, Jalan Kebun Seksyen 30, Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 21 SEPTEMBER 2023.

SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menafikan berlaku kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran berpunca daripada aktiviti sorok bekalan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun beliau akui mendengar mengenai dakwaan itu, namun setakat ini ia hanya sekadar khabar angin.

“Cakap-cakap itu ada, tapi buktinya tiada, maka tertukar kampit dan sebut harga,

“Kalau ada mana-mana tuan-tuan dapat maklumat, sila beritahu, setakat ini khabar angin.

“Kita tidak temui lagi secara rasminya (dakwaan aktiviti sorok),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu Mohamad melakukan lawatan kerja bagi Pelan Intervensi Pengedaran Beras Putih Tempatan di Agro Bazaar Rakyat Jalan Kebun, di sini, petang ini.

Sebelum ini, Mohamad memberitahu sidang Dewan Rakyat bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran terjadi kerana berlaku pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Jelasnya, apabila berlaku kenaikan harga beras import, pengguna akan beralih kepada pembelian beras putih tempatan hingga menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran masih belum sampai ke peringkat kritikal.

“Kalau sampai ke peringkat runcing, barangkali kita akan melibatkan PDRM, sekarang ini belum sampai ke peringkat meruncing apa-apa.

“Insya-Allah bila berlaku tuaian padi di MADA yang sekarang lebih 20 peratus dan semuanya akan dibuat beras dan akan berada dalam pasaran sebaiknya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Kesian tengok pakcik2 makcik2 tua Batu Kurau yang beratur panjang semata2 nak beli sekampit beras tempatan dari sebuah lori. Tengok dalam Tik Tok.

    Tak lama lagi dijangkakan akan ada krisis barang2 asas pula?

  2. Tengok dalam Tik Tok, kat Batu Kurau rakyat dah gaduh2 maki hamun lori bawa beras tempatan tak cukup? Kesian tengok dah macam negara miskin dunia ketiga?

    Tak usahlah tunggu kritikal, krisis baru nak bertindak?

    Kalau gagal elok letak jawatan duduk rumah main dengan cucu, pencen pun tak habis makan?

  3. Nasib rakyat lahhh.. dapat memteri, ada kuasa tp semua pun bangang. Ada kah sampai bukti sorok beras pun nak rakyat pergi cari dan suap ke mulut pak menteri?
    Korang ada agensi, kerah pergi siasat dan audit. Cari bukti.
    Ini mmg level haprak kaw kaw.. takda ayam, rakyat jgn mkn. Takda telur, rakyat jgn makan, takda beras, rakyat mkn la beger dan mee… terbaru, takda bukti, rakyat kena bg bukti.. mmg terbaek lah level menteri..

Comments are closed.