Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai diambil keterangan di pejabat beliau di Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di sini, hari ini.

Muhyiddin tiba di bangunan MIDA kira-kira jam 9.15 pagi tadi meninggalkan bangunan tersebut kira-kira jam 12 tengah hari.

Pengerusi Perikatan Nasional itu sempat melemparkan senyuman dan melambai ke arah wartawan sebelum berdar.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Komisioner, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan Bukit Aman telah merakam keterangan Muhyiddin hari ini.

Difahamkan siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Pada 3 September lalu, Muhyiddin didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Johor.

Muhyiddin dalam ucapan yang dikongsi menerusi halaman Facebook didakwa mendakwa Melayu pada hari ini tidak lagi menguasai kerajaan, maknanya orang Melayu sudah hilang kuasa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast