Muhammad Nazmi Nasaruddin. Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Sejarah tercipta dalam bola sepak negara apabila Muhammad Nazmi Nasaruddin bersama dua pembantunya, Mohamad Zairul Khalil Tan dan Mohd Arif Shamil Abd Rasid menjadi pengadil Malaysia yang pertama mengadili perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 yang mengunakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Perlawanan tersebut berlangsung semalam di Buriram, Thailand yang melibatkan perlawanan di antara Buriram United dan Zhejiang FC dari China kelmarin.

AFC dan FIFA menetapkan syarat yang mana semua pengadili yang dilantik untuk perlawanan tertinggi AFC dan FIFA wajib memiliki lesen VAR.

Nazmi telah memiliki lesen pengadil VAR sebelum ini melalui program latihan VAR di Arab Saudi.

Dia dan dua pembantunya itu akan terus dilantik untuk beberapa perlawanan AFC yang menggunakan VAR.

Sebelum ini AFC juga telah memilih Nazmi dan dua pembantunya untuk mengalas tugas pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari 2024.

FAM buat masa ini sedang giat menjalankan latihan dan pendidikan VAR kepada 40 orang pengadil. Latihan ini akan tamat pada penghujung Disember 2023.

FAM menjangkakan selepas selesai pelesenan VAR kepada 40 pengadil dan pembantu pengadil tersebut, maka lebih ramai Pengadil AFC Elite dari Malaysia akan diberi peluang untuk mengadili perlawanan tertinggi AFC dan FIFA yang menggunakan VAR.

FAM berharap pengadil elit dari Malaysia iaitu Razlan Joffri Ali, Tuan Mohd Yaasin Tuan Mohd Hanafiah dan Suhaizi Shukri akan diberi peluang untuk mengadili perlawanan tertinggi AFC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast