Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Genting Highlands – Genting Sempah dekat Gombak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 4.40 pagi.

Katanya, sebuah jentera bersama anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digegaskan ke lokasi kejadian sebelum mendapati sebuah Proton Saga FLX dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an terbabit kemalangan.

“Tiga mangsa cedera dan seorang lagi parah di bahagian kaki kiri, manakala seorang mangsa disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa yang maut dikenali sebagai Yakesh Sarawanan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Noor Ariffin Mohamad Nasir dalam kenyataan berkata, mangsa yang meninggak dunia dibawa ke forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

Manakala, mangsa-manga yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast