Calon Barisan Nasional (BN) N36 Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam (kiri) bersama calon Perikatan Nasional (PN) N36 Pelangai, Kasim Samat (tengah) dan calon Bebas N36 Pelangai, Haslihelmy Dm Zulhasli (kanan) selepas diumumkan sebagai calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai pada pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Pelangai. Foto MOHD ADZLAN, 23 SEPTEMBER 2023.

BENTONG – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru.

Kasim Samat disahkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di DUN Pelangai Dan akan menentang bekas anak muridnya, Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang, Haslihelmy DM Zulhasli pula menjadi calon bebas menggunakan simbol kereta.

Amizar mengemukakan borang pencalonan pukul 9.01 pagi diikuti Kasim pada 9.02 pagi dan Haslihelmy pada 9.07 pagi.

Pengumuman berkenaan dilakukan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya bagi PRK N.36 Datuk Mohammad Shahid Ismail.

Terdahulu, Shahid mengumumkan SPR menerima kertas penamaan pencalonan daripada tiga calon berkenaan dengan tiada pencalonan yang ditolak.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kerusi itu diisytiharkan kosong susulan penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, di Shah Alam, Selangor pada 17 ogos lalu.

Susulan itu, pada 21 Ogos Speaker DUN Pahang menggelarkan notis kekosongan kerusi DUN Pelangai pada 24 Ogos lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi DUN Pelangai

SPR menetapkan 3 Oktober sebagai hari undi awal dan 7 Oktober untuk hari pengundian dengan 16,456 pengundi yang berdaftar.

Pada PRU-15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, Ahmed Wafiuddin Shamsuri (calon PH- 2,031 undi) dan Isa Ahmad (calon PEJUANG -65 undi).-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast