Federal Court religion conversion M. Indira Gandhi MAIS Muslim converts Islam
Palace of Justice, Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 8 DECEMBER 2021

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan untuk mengharamkan buku ‘Gay is Okay! A Christian Perspective’ tiga tahun lepas.

Mahkamah memutuskan pengharaman buku tersebut oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah rasional dan tidak melanggar keadilan semula jadi.

Keputusan itu dibuat oleh tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi dengan keputusan majoriti 2-1.

Kerajaan sedang merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Februari 2022 yang membenarkan semakan kehakiman penerbit dan penulis buku untuk membatalkan perintah pengharaman buku itu.

Ketika keputusan penghakiman majoriti dibacakan secara ringkas, kata Hakim Datuk Wong Kian Kheog, pengharaman buku itu oleh Menteri Dalam Negeri sejajar dengan undang-undang.

Malah tajuk buku itu serta kandungan akan memprejudiskan ketenteraman awam dan nilai moral.

Tiga tahun lepas perintah larangan ke atas buku itu dikeluarkan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dengan alasan kandungannya yang mungkin memudaratkan ketenteraman, moral dan kepentingan awam.

Bagaimanapun tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh penerbit dan penulis buku terbabit, Chong Ton Sin dan Ngeo Boon Lin bagi membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku berkenaan.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, pemohon mendakwa larangan berkenaan tidak rasional kerana tidak ada kejadian yang tidak diingini yang dicetuskan oleh buku itu sejak diterbitkan lebih tujuh tahun lalu.

Mereka menyatakan bahawa Menteri Dalam Negeri gagal untuk mengenal pasti bahagian mana dari buku itu yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Menurut pemohon, mereka tidak diberi peluang untuk didengar mengikut Artikel 5 dan 8 (hak asasi dan hak kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Keputusan 2-1? Siapa hakim yang satu tu? Saje je nak tahu, nak mengenali hakim2 di Malaysia ni dengan lebih dekat. Macam rakyat mengenali pemimpin2, contoh Tun Mahatir, apa kelulusan, siapa isteri, apa minat mereka, apa kecenderungan, apa tabiat mereka dsb.

    Rakyat dan hakim berpisah tiada.

Comments are closed.