Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar bersalaman bersama Duta Besar Arab Saudi, Mesaad Ibrahim Al Sulaim pada Pelaksanaan Makkah Route di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto SYADILA AMARI, 21 MEI 2024.

SEPANG – Pemilihan Malaysia dalam program Makkah Route anjuran Kerajaan Arab Saudi untuk kali keenam pada tahun ini untuk menunjukkan betapa rapatnya hubungan dua hala antara dua kerajaan.

Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Al Sulaim berkata, bukan setakat ini sahaja bahkan Kerajaan Arab Saudi berharap hubungan diplomatik kedua-dua negara dapat diperkukuhkan menerusi Makkah Route.

“Saya berterima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’m Mokhtar kerana meluncurkan usaha Kerajaan Arab Saudi menerusi program Makkah Route pada malam ini.

“Pemilihan enam negara termasuk Malaysia dalam Makkah Route sebagai pengiktirafan kepada Kerajaan Malaysia.

“Saya berharap mengharapkan agar Makkah Route diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang sebagai tanda hubungan yang begitu rapat antara Kerajaan Arab Saudi dengan Kerajaan Malaysia.

“Ini kerana Makkah Route dapat memudahkan bakal-bakal haji dari Malaysia untuk mendaftarkan diri di Imigresen Arab Saudi tanpa menunggu lama,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Terdahulu Mohd Naim merasmikan Pelancaran Makkah Route bagi Musim Haji 1445H/2024M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – MalaysiaGazette