Seorang pengurus dan penyelia direman bagi membantu siasatan kes pelupusan b uangan terjadual secara haram.

KULAI – Dua lelaki, termasuk pengurus syarikat, direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan pelupusan buangan terjadual secara haram di Seelong Jaya, di sini, semalam.

Perintah reman dikeluarkan majistret,Azureen Sahira Sauffee Afandi selepas membenarkan permohonan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor.

Mereka yang ditahan ialah pengurus syarikat, 58, dan penyelia, 34 syarikat, di sebuah premis pemerolehan kembali bahan buangan terjadual.

Difahamkan dua lelaki terbabit melakukan kesalahan tidak menguruskan bahan buangan terjadual dengan betul setelah menanam bahan dalam bentuk serbuk itu dengan menanamnya.

Perbuatan itu dilakukan di kawasan tanah lapang berhampiran dengan lokasi premis syarikat tersebut.

Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 29 September ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 membabitkan Seksyen 16, 24 dan 34B.

Individu terbabit berdepan hukuman denda sehingga RM500,000 dan penjara jika disabit kesalahan dibawah Seksyen 34B.

Kedua-dua lelaki itu tiba di Mahkamah Kulai dengan diiringi pegawai JAS Johor kira-kira pukul 9.30 pagi selepas ditahan 6 petang semalam. – MalaysiaGazette