Mohamad Sabu pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Kali ke-25 di kementeriannya di sini, hari ini.

PUTRAYA – Sebarang perbincangan untuk memecah monopoli beras perlu dibincangkan antara kementerian dan pemegang taruh.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia kerana kerajaan memiliki perjanjian dengan Padiberas Nasional Bhd (Beras) selama 10 tahun dengan 110 perkara yang perlu dibuat oleh syarikat berkenaan.

“Kalau nak buat rombakan itu mestilah melalui perbincangan perlu melibatkan Kementerian Ekonomi, Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri.

“Lagipun ini soal beras, soal makanan ini adalah jaminan makanan, ia perlu ditangani bersama.

“Oleh itu, hal nak memecahkan monopoli adalah satu perkara yang perlu diambil perhatian dan pada masa sama, soal kemampanan perlu diambil perhatian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran Kali ke-25 di kementeriannya di sini, hari ini.

Mengulas mengenai kekurangan bekalan beras, Mohamad berkata, perkara itu akan dibawa kepada mesyuarat Kabinet esok untuk dibincangkan.

Katanya, pada peringkat ini, beliau melihat terlebih dahulu agenda-agenda yang akan dibawakan dalam mesyuarat tersebut bagi mencari solusi terbaik dalam mengatasi masalah yang berlaku.

“Saya akan kemukakan perkara baharu yang berlaku (berkaitan isu beras) yang saya akan sampaikan dalam Kabinet,” tambah beliau.

Bekalan beras putih tempatan (BPT) mengalami kekurangan susulan kenaikan harga beras import pada 1 September lalu menyebabkan orang ramai lebih memilih membeli BPT sebagai alternatif mendapatkan bijiran tersebut pada harga murah.

Bernas mengumumkan kenaikan harga beras putih import daripada RM2,350 kepada RM3,200 bagi setiap tan metrik susulan pelarasan harga bagi beras putih import di seluruh gudangnya di seluruh negara adalah sejajar dengan harga global semasa bagi beras putih import. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Hampa menteri gaji elaun puluhan ribu pi lah bincang, brainstorming pecah kepala buat meeting, workshop, cari solution pada benda2 kritikal yang dah nak masuk fasa crisis ni. Patutnya mentaliti risk management perlu ada pada setiap menteri, bukan dah terantuk baru tergadah.

    Kami rayat nak makan dan nak beras murah tempatan. Masalah yang ada sekarang bukan masalah kami! Hampa selesaikan lah.

  2. Roti pula dijangka naik harga dalam waktu terdekat.

    Bertambah parah la B40 nampaknya? Pak Mat yang sudah seminggu tak menoreh dek kerna hujan terutamanya. Aduh! Bertimpa2.

Comments are closed.