Muhammad Zakwan (kiri) bersama rakan sekerjanya Omar selepas membuat laporan di Balai Polis Presint 7 IPD Putrajaya tengah hari ini.

PUTRAJAYA – Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal membuat laporan polis menggesa pihak bekuasa itu kenyataan yang didakwa berbau fitnah terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di laman media sodial

Beliau berkata, ia memabitkan isu unsur nadir bumi (REE) di Kedah dan dana dana Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) yang dikesan tular kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Pengamatan saya terhadap sebaran fitnah itu mendapati ia mendakwa menteri Saifuddin telah membuat permohonan maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu REE di Kedah dan tata kelola peruntukan Marris yang telah dibongkarkan oleh Saifuddin sebelum ini.

“Sebaran berkenaan merupakan satu penularan yang tidak tepat dan bersifat fitnah berniat jahat yang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu sebagai satu usaha menjatuhkan imej dan reputasi politik Saifuddin,” katanya kepada MalaysiaGazette, selepas membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, hari ini.

Menurut Zakwan, kenyataan tersebut boleh menganggu gugat keharmonian dan ketenteraman awam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast