Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata,  tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Tentang rombakan, tiada perbincangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini, ketika ditanya mengenai desas-desus kemungkinan akan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal akan digugurkan dan dakwaan rombakan berkenaan hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Okt ini.

Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, mesyuarat Jemaah Menteri, membincangkan mengenai isu bekalan dan harga beras dengan beberapa keputusan penuh berhubung perkara itu, telah dibuat.

“Saya difahamkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, akan mengadakan sidang media untuk memberi maklumat penuh tentang beberapa keputusan yang telah dibuat. Kita tunggu perkara itu,” katanya. BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast