Op Hormat JSPT KL di ibu negara semalam menyaksikan sebanyak 6,510 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas di sekitar ibu negara. Foto: JSPT KL

KUALA LUMPUR – Ssebanyak 6,510 saman dikeluarkan Polis Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna menerusi Op Hormat Undang-Undang (HUU) Jalan Raya fasa dua yang dilaksanakan di ibu negara semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, daripada jumlah itu sebanyak 5,190 saman yang dikeluarkan ke atas pengguna elibatkan kesalahan halangan lalu lintas.

“Mengikut pecahan jenis kesalahan, sebanyak 165 saman dikeluarkan atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu (lapan warga asing), diikuti 77 saman atas kesalahan ubah suai nombor plat kenderaan (nombor plat fancy).

“Selain itu sebanyak 38 saman dikenakan atas pengguna jalan kerana kesalahan tidak patuh lampu isyarat merah dan sebanyak 1,005 saman atas kesalahan lain-lain,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan awal pagi tadi.

Op Hormat JSPT KL di ibu negara semalam menyaksikan sebanyak 6,510 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas di sekitar ibu negara.Ihsan JSPT KL

Tambah Sarifudin, dalam Op Hormat yang sama, seramai 11 individu turut ditahan atas pelbagai kesalahan di atas jalan raya.

Dalam perkembangan sama, polis trafik juga telah berjaya menyita sebanyak 16 motosikal sepanjang operasi berkenaan.

Tegas Sarifudin, sebanyak 24 operasi dijalankan semalam yang berfokus kepada Op Motosikal; Op Parkir Haram; Op Perdagangan; Op Mabuk; Op Khas; Op Pelbagai dan Op Halangan.

Jelasnya, operasi semalam telah melibatkan 795 pegawai dan anggota JSPT KL.

Operasi Hormat Undang-Undang fasa kedua yang dilaksanakan secara tegas tanpa diskaun saman itu akan menutup tirai pada hari ini selepas dilaksanakan sejak 15 September lalu.

Operasi berkenaan menumpukan sebanyak 16 lokasi berbeza sekitar ibu negara.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast