Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama penduduk ketika hadir ke program ziarah kasih masyarakat orang asli Kampung Sungai Gapoi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 DUN Pelangai di Bentong, Pahang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OKTOBER 2023.

BENTONG – Masayarakat Orang Asli wajar diberikan peluang untuk mewarnai sektor ekonomi di pusat pelancongan di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, golongan itu seharusnya terlibat dalam setiap pembangunan yang dimajukan oleh mana-mana pihak di kawasan mereka.

Jelasnya, ia secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi dan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli dengan mengutip hasil pelancongan di penempatan mereka.

”Contohnya di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi ini ada air terjun yang cantik, apabila promosi air terjun ini, pengunjung datang dan ketua kampung dibenarkan untuk mengutip ’tol’ atas setiap kemasukan individu atau kenderaan.

”Kebanyakan bila kita masuk kawasan dan buat aktiviti pelancongan, mereka tertinggal. Kalau boleh pengunjung tiba pintu masuk dah boleh mengenakan caj perkhidmatan.

”Beritahu pengunjung mereka collect untuk jaga kawasan kebersihan di kawasan pelancongan. Itu merupakan salah satu penyertaan mereka,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO ketika menyantuni masyarakat Orang Asli di Sungai Gapoi pada semalam.

Jelasnya, kutipan RM1 sehingga RM3 sesuai dengan pengurusan kebersihan yang dilakukan oleh penduduk asal itu selain menjana pendapatan kepada mereka.

”Jumpa dengan tok batin sini, beliau ingin melihat air terjun dan mempromosi  air terjun ketua kampung kutip untup mengutip bayaran RM2 hingga RM3 bukannya RM20.

”Selain dapat kutip hasil aktiviti pelancongan, ia dapat bantu perniagaan mereka. Saya dimaklumkan di Kampung Sungai Bot ada resort durian, sudah buat macam-macam tapi  tak melibatkan Orang Asli.

”Sepatutnya kita patut wajibkan ambil anak-anak Orang Asli bekerja dalam kawasan mereka sendiri supaya dapat kita lihat dengan baik perkembangan di situ,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast