Fadhlina Sidek

KUANTAN – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dalam proses pengambilan guru secara kontrak atau ‘Contract of Service‘ mengikut keperluan perkhidmatan.

Menterinya, Fadhlina Sidek, isu kekurangan guru adalah isu bersifat sementara.

“Kita baru selesai temuduga pengambilan one-off dan kini dalam proses pengambilan secara COS atau ‘Contract of Service‘,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (UnIPSAS), di sini, hari ini.

Fadhlina Sidek (tiga dari kiri) ketika merasmikan Majlis Penutup Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah (MQSS) Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah Kuantan (UnIPSAS), di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan dakwaan bahawa sekolah di seluruh negara mengalami kekurangan lebih 20,000 orang guru sehingga bulan lalu.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, hampir semua sekolah di seluruh negara kini berdepan masalah kekurangan guru kerana tiada tenaga pengajar baharu ditempatkan bagi menggantikan mereka yang sudah bersara.

KPM sebelum ini membuka pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 tahun 2023 bagi mengatasi masalah kekurangan guru membabitkan 19,000 kekosongan seluruh negara.

Ketika ini terdapat kira-kira 418,000 guru di seluruh negara yang ditempatkan di 10,225 sekolah rendah dan menengah.

Fadhlina berkata, pihaknya secara berterusan melakukan unjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi menangani isu itu. _ MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast