Jabatan Alam Sekitar

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan di Semenanjung merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Laman Web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Cheras menjadi satu-satunya bandar merekodkan bacaan 155.

Dua lagi kawasan iaitu Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan merekodkan bacaan 156 dan 134 bacaan.

Sebanyak 62 lagi kawasan pula berada dalam paras sederhana dengan bacaan 51-100.

Tiga kawasan menunjukkan bacaan IPU sihat iaitu di Kangar, Langkawi dan Kimanis di Sabah dengan mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.

Terdahulu pada jam 1 petang tadi, tujuh kawasan mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Petaling Jaya, Shah Alam, Banting, Port Dickson selain Cheras, Nilai dan Seremban. – MalaysiaGazette