KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 9 Disember depan sebagai tarikh pengurusan kes saman fitnah bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut peguam yang mewakili Ahli Parlimen Pagoh itu, Chetan Jethwani, tarikh berkenaan ditetapkan bagi menyelesaikan serahan dokumen yang melibatkan arahan prabicara.
“Ia melibatkan urusan untuk lengkapkan arahan, lengkapkan dokumen,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui hari ini.
Terdahulu, prosiding pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain.
Baru-baru ini dilaporkan, Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari bermula 15 Julai 2024 untuk perbicaraan penuh kes saman fitnah Guan Eng terhadap Muhyiddin.
Perbicaraan berkenaan susulan dakwaan Guan Eng terlibat dalam membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.
Susulan itu, Guan Eng pada 27 Mac lalu memfailkan writ saman terhadap Muhyiddin.- MalaysiaGazette