KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menarik balik tauliah mengajar agama Islam kepada pendakwah, Abdullah Khairi Haroon.
Penarikan balik tauliah itu berkuat kuasa 27 September lalu.
“Alhamdulillah! Ala kuli halin…Selangor dah bye bye …!!,” tulisnya dalam hantaran di media sosial dan turut memuatnaik surat dihantar oleh MAIS yang memaklumkan perkara terbabit yang bertarikh 3 Oktober lalu.
Penarikan balik tauliah mengajar beliau di Selangor diputuskan dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Tauliah MAIS yang bersidang pada 27 September lalu.
Bagaimanapun, surat itu tidak menyatakan alasan tempoh tauliah mengajar beliau yang masih berbaki sehingga 31 Disember 2024 itu, ditarik balik.
Surat itu ada menjelaskan Abdullah Khairi boleh membuat rayuan secara bertulis terhadap keputusan Jawatankuasa Tauliah Mais kepada Mais dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat berkenaan.
Dalam hantaran media sosial lain, Abdullah meluahkan rasa tidak puas hati kerana beliau sudah mendapat tauliah mengajar di Selangor sejak 2013.
“Hampa ingat mulut aku ni hampa boleh tutup! Hampa silap… walaupun geng hampa suka la!” tulisnya. – MalaysiaGazette
Alasan dia simple jaa..musibat ni cari makan jual air liur jaaa…lepas tu kalau sampaikan hal agama tak pe..tp guna pentas agama utk politik..tak lahanat laa kan ceramah agama tp kempen politik PN..sila berambus laa
buat ceramah agama sudah.cari makan kat pn masa kempen bukan dalam masjid.tu je nak pesan..org x kacau kau kalau kau tegak macam pembaris
buat ceramah agama sudah.cari makan kat pn masa kempen bukan dalam masjid.tu je nak pesan..org x kacau kau kalau kau tegak macam pembaris