Pengarah Operasi Pemasaran, Harmony Excellence Holidays, Abu Talib Husin bercakap kepada media mengenai trend umat islam yang kini gemar menunaikan umrah di Tanah Suci selama sebulan lebih di Bangunan Harmony Excellence Holidays, KL. Foto QURRATU AINI, 21 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Syarikat pengendali umrah dan haji, Harmony Excellence Holidays, (Harmony Holidays) menyasarkan dapat membawa seramai 4,000 jemaah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah bagi musim baharu yang baru bermula sehingga pertengahan tahun 2024.

Pengarah Operasinya, Abu Talib Husin berkata, pihaknya tidak mengejar jumlah jemaah yang tinggi sebaliknya lebih selesa memberi fokus kepada kualiti tinggi perkhidmatan dan kebajikan yang dijanjikan kepada jemaah.

Sebab itu menurut beliau, Harmony Holidays terkenal menguruskan jemaah di kalangan golongan orang kenamaan (VIP) dan selebriti selain jemaah sama yang pernah menggunakan khidmat syarikat itu sejak beroperasi 20 tahun lalu.

“Dalam industri umrah yang kecil ini, kami kenal antara satu sama lain dengan syarikat umrah di mana kami saling melengkapi apabila tolong-menolong dan bekerjasama.

“Namun tujuan utama Harmony Holidays adalah menjadi pembantu pengiring tetamu Allah walaupun dalam erti perniagaan ada perang harga, kami tidak kejar kepada jumlah volum jemaah tetapi fokus kepada perkhidmatan terbaik kepada jemaah.

“Kami tahu kemampuan syarikat dan ukur di badan sendiri untuk membawa jemaah yang ramai dan lebih titik berat kepada kualiti perkhidmatan kepada jemaah,” katanya ketika ditemubual MalaysiaGazette di sini, baru-baru ini.

Pengarah Operasi Pemasaran, Harmony Excellence Holidays, Abu Talib Husin bergambar setelah selesai bercakap kepada media mengenai trend umat islam yang kini gemar menunaikan umrah di Tanah Suci selama sebulan lebih di Bangunan Harmony Excellence Holidays, KL. Foto QURRATU AINI, 21 SEPTEMBER 2023.

Mengulas lanjut, Abu Talib turut bersyukur kerana Harmony Holidays tidak pernah tidak pernah berdepandengan isu jemaah terkandas di lapangan terbang sepanjang 20 tahun beroperasi.

Tegas beliau, syarikat itu telah berjaya 100 peratus menerbangkan jemaah seperti tarikh yang dijanjikan.

“Konsep perniagaan kami adalah tiada tiket penerbangan maka tiada pakej umrah yang ditawarkan. Ini kerana kami telah mendahului wang syarikat membeli tiket penerbangan dan baru menawar pakej kepada jemaah.

“Kami tidak mencari jemaah dahulu dan baru membeli tiket penerbangan bagi mengelak isu jemaah terkandas di lapangan terbang,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Talib memberitahu, pihaknya kini memberi fokus kepada Pakej Ramadan Iktikaf dengan saasran dapat menerbangkan seramai 1,000 jemaah pada Ramadan tahun depan.

Menurut beliau, sasaran itu berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima pada musim umrah tahun lalu seramai 450 orang jemaah.

Katanya, pakej umrah itu bermula selama 35 hingga 50 hari dengan harga bermula RM10,090 hingga RM13,990 sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast