Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) apabila tamat kontrak pada 24 Oktober ini.

Lembaga Pengarah MAHB berkata, selepas dua tahun dilantik jawatan itu pada 2021, beliau berjaya menerajui beberapa aliran transformasi yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan kumpulan.

“Aliran transformasi ini menghasilkan trajektori kukuh MAHB ke arah pemulihan kewangan daripada kesan pandemik global.

“Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Iskandar atas perkhidmatan dan kepemimpinannya sepanjang tempohnya bersama Malaysia Airports,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom.

Dalam pada tu, Lembaga Pengarah itu turut mengumumkan Ketua Pegawai Kewangannya, Mohamed Rastam Shahrom akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 25 Oktober 2023.

Mohamed mula menyertai MAHB pada 1 Januari 2020 sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan. – MalaysiaGazette