Thursday, December 12, 2024
Home Sukan Sancho mahu kembali bersama Borussia Dortmund

Sancho mahu kembali bersama Borussia Dortmund

Jadon Sancho. Foto Eurosports.

LONDON – Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho dilaporkan mahu kembali ke Borussia Dortmund pada jendela Januari ini.

Menurut 90min, Sancho berharap untuk melengkapkan perpindahan ke Dortmund di mana dia menghabiskan empat tahun sebelum menyertai United pada 2021.

Laporan itu mendakwa  beberapa kelab Jerman turut menunjukkan minat tetapi Sancho mengutamakan kembali ke Dortmund.

“Terdapat kemungkinan perjanjian boleh dicapai sebelum jendela perpindahan Januari jika situasi Sancho di United gagal bertambah baik,” tulis laporan itu.

Ketika bersama kelab Jerman itu, Sancho menjaringkan 50 gol dan memberikan 64 bantuan dalam 137 penampilan di semua pertandingan.

Bulan lalu, pemain berusia 23 tahun itu telah diketepikan daripada skuad utama United berikutan mengkritik secara terbuka serta memiliki perselisihan faham dengan pengurus, Erik ten Hag.

Pengendali United itu telah mengetepikan Sancho daripada pasukan sejak kekalahan kepada Arsenal bulan atas persembahan yang kurang memberangsangkan dalam sesi latihan.

Namun pemain itu membalas menerusi media sosial menyatakan dirinya sentiasa menjadi ‘kambing hitam’ untuk tempoh yang agak lama.

Walaupun Sancho telah memadamnya, dia telah didakwa enggan memohon maaf kepada Ten Hag.

Atas keputusan itu, pemain kebangsaan England itu tidak dibenarkan berada di fasiliti pasukan utama di Carrington.

Ten Hag turut tidak berminat untuk mengalah atas situasi ini, manakala Sancho kekal enggan memberikan permohonan maaf walaupun telah digesa rakan sepasukan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast