MaTiC Najib Razak Anwar Ibrahim debate
The Malaysia Tourism Centre (MaTiC)

KUALA LUMPUR – Balai Polis Pelancong yang terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur kini telah beroperasi semula sepenuhnya bermula pada 2 Oktober lalu.

Waktu operasi Balai Polis Pelancong berkenaan adalah pada setiap hari, bermula daripada jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah malam.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, Balai Polis Pelancong juga boleh dihubungi di talian 03-9235 4999 atau 03-9235 4998.

Secara umumnya, pegawai-pegawai polis pelancong boleh bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Agensi-agensi pelancongan dan pengembaraan, pemandu- pemandu pelancong, pengusaha-pengusaha premis penginapan pelancong serta orang awam boleh menasihat pelancong-pelancong yang perlu membuat aduan atau laporan dengan pihak PDRM untuk berurusan di Balai Polis Pelancong di MaTiC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast