Kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbakar sepenuhnya selepas terbabas ke dalam longkang dalam kejadian hari ini.Ihsan Bomba Selangor

KUALA LUMPUR – Sebuah kenderaan pacuan empat roda terbabas dalam longkang sebelum terbakar di di Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor pada awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, bilik gerakan operasi negeri menerima panggilan awam mengenai insiden tersebut jam 3.45 pagi ini.

“Bertindak atas panggilanitu sepasukan anggota dan jentera pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

Kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger terbakar sepenuhnya selepas terbabas ke dalam longkang dalam kejadian hari ini.Ihsan Bomba Selangor

“Pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger disyaki telah hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, kenderaan yang terbabas dalam longkang itu terbakar sebelum anggota bomba terlibat dalam kerja memadam kebakaran kenderaan itu sepenuhnya.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu kereta itu dikenalpasti sebagai lelaki tempatan berusia 48 tahun telah berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum anggota tiba ke lokasi.

“Pemeriksaan juga mendapati mangsa telah terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam insiden tersebut,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast