Palestin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Umat Islam di negara ini diseru supaya mengadakan solat hajat dan bacaan doa Qunut Nazilah sebagai solidariti kepada rakyat Palestin.

Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, ia susulan pergolakan yang berlaku di Palestin terutama melibatkan serangan balas tentera dari kumpulan pejuang Hamas dan Jihad Islami melalui operasi ketenteraan mengejut ke atas negara haram Israel yang dikenali sebagai ‘Taufan Al-Aqsa’ dua hari yang lalu.

Katanya, solat hajat dan bacaan itu boleh dilakukan di masjid-masjid atau premis masing-masing pada masa bersesuaian.

“Saya menyeru agar semua umat Islam bersatu dan bersoladiriti demi kebebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Menurutnya, Palestin merupakan sebuha negara yang sentiasa bergolak serta dijajah secara haram oleh Israel sejak berabad yang lalu.

Ujarnya, ia termasuk siri pencerobohan berterusan terhadap Masjid Al-Aqsa oleh rejim zionis dengan pelbagai cara.

Tambah beliau, situasi itu akan semakin getir melalui serangan yang diperhebatkan oleh pejuang Palestin ke atas rejim zionis dan pastinya akan ada pertempuran sengit antara kedua-dia pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast