Kasim Samat. Foto MOHD ADZLAN, 03 OKTOBER 2023.

BENTONG – Calon Perikatan Nasional (PN) yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Kasim Samat akan jadi agen semak dan imbang di kawasan ini.

Kasim yang kalah dengan majoriti 2,949 undi berkata, langkah itu untuk memastikan segala janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi dapat ditunaikan.

“Walaupun kami kalah, kita akan jadi semak dan imbang kerana itu tugas kita sebagai pembangkang di negeri Pahang.

“Walaupun kalah, tugas kita nak pastikan apa yang dijanjikan oleh BN mesti ada perubahan pada Pelangai,” katanya ketka dihubungi MalaysiaGazette.

Semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam menang walaupun majoriti rendah berbanding Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU).

Kemenangan Amizar, 53, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi memastikan DUN Pelangai kekal sebagai kubu kuat BN di Pahang sejak 1986.

BN mendapat mendapat 7,324 undi manakala Kasim Samat dari Perikatan Nasional(PN), 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya mendapat 47 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Teruskan jadi guru silat bg memartabatkan seni ke persada dunia. Dunia politik tidak sesuai utk anda dgn dua kali ditolak berturut2.. lupakan la

Comments are closed.