Mohd Na'im Mokhtar

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee akur dengan nasihat dan tidak akan mengulangi perbuatan menafsir ayat al-Quran, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwak Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im yang bertemu dengan Howard selama dua jam dan memberikan nasihat bahawa perbuatan mentafsir ayat-ayat al-Quran perlu disertakan dengan pra syarat rukun dan ilmu seseorang yang hendak menafsir sebarang ayat-ayatnya.

“Bila kita nasihat dia (Hoard) akur macam itu. Cuma yang saya ingat kita bincang agak panjang dalam dua jam, daripada  9 hingga 11 pagi habis.

“Saya nasihatkan kepada beliau bila menyebut tentang tafsiran al-Quran adalah satu disiplin maknanya dia ada pra syarat rukun dan seseorang yang nak tafsir, tidak kira apa-apa ilmu sahaja perlu kepada satu disiplin yang kukuh sebelum nak ditafsirkan,” katanya dalam sidang media di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program Halal On Track di UM hari ini.

Baru-baru ini Mohd Na’im mengadakan pertemuan empat pada dengan Howard bagi memberikan nasihat agar berhati-hati dalam menafsir untuk mengelak berlakunya Sabah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya di zaman media sosial ketika ini.

Sebelum ini, Howard mencetuskan kontroversi apabila membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran hingga menjadi pertikaian ramai pihak.

Bagaimanapun, ahli politik DAP itu tampil membuat permohonan maaf selepas beliau selesai memberi keterangan berkaitan isu itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.

Videonya menjadi subjek laporan polis dan kritikan daripada pemimpin PN terutamanya oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Video CINA DAP tafsir ayat al Quran hanya jadi subject laporan polis tu kira ok lah yang PENTING Cina tu tidak ditangkap tidak didakwa… itu yang paling PENTING

Comments are closed.