Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Projek Usahasama Akademik Pensijilan Maqasid Al-Shariah di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Menjelang pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau sudah bersedia dan bersemangat untuk membentang rancangan kewangan negara itu di Dewan Rakyat, petang nanti.

Anwar yang enggan mengulas lanjut mengenai berita gembira yang bakal diumumkan petang nanti, hanya berkata belanjawan itu adalah terbaik.

“Semangat…semangat…pasti okay,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat secara berjemaah di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini, tengah hari ini.

Terdahulu Anwar yang lengkap berpakaian baju Melayu dan bersampin berwarna ungu muda menjamu selera bersama rakyat di Cafe masjid yang sama.

Anwar turut merasmikan Projek Usahasama Akademik Pensijilan Maqasid Al-Shariah sebelum menunaikan solat Jumaat.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Datuk Seri Dr Mohd Naim Mokhtar dan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.

Seramai kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama pemimpin negara itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast