Langkawi travel bubble Hotel staff Covid-19 positive temporary closure travel bubble
Pengunjung bergambar kenangan bersama keluarga berlatar belakangkan replika burung helang yang merupakan mercu tanda Pulau Langkawi dan salah satu tarikan pulau peranginan tersebut sempena gelembung pelancongan Pulau Langkawi di Dataran Lang, Kedah. Foto HAZROL ZAINAL, 17 SEPTEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Tahun Melawat Malaysia telah ditetapkan semula pada tahun 2026 dengan sasaran ketibaan 26.1 juta pelancong asing dan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM97.6 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga menyediakan RM350 juta bagi merancakkan promosi dan aktiviti pelancongan supaya Malaysia kembali sebagai destinasi pelancongan pilihan utama dunia.

Ini antaranya merangkumi penganjuran Kempen Melawat Malaysia 2026; kerjasama dengan industri dalam aktiviti promosi dan penganjuran acara pelancongan dalam dan luar negara; bantuan kepada lebih 200 penggiat kebudayaan dalam menganjurkan aktiviti seni dan budaya; geran padanan penerbangan carter dalam meningkatkan kemudahsampaian penerbangan antarabangsa ke Malaysia; dan dana kepada Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk membangunkan industri pelancongan mesra muslim di Malaysia.

Menurutnya, kawasan, bangunan dan tapak warisan tumpuan pelancong akan terus dipelihara bagi mengekalkan keindahan, keselamatan dan kebersihan.

Anwar berkata, sebanyak RM20 juta disediakan untuk manfaat kerajaan negeri bagi menyelenggara dan memulihara lokasi tarikan pelancongan
seperti Tasik Timah Tasoh di Perlis, Kenong Rimba Park di Pahang, dan Pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Sejumlah RM80 juta juga disediakan bagi memelihara dan memulihara bangunan dan tapak warisan yang berpotensi diiktiraf oleh UNESCO antaranya di Gua Niah, Sarawak; Lembah Bujang, Kedah dan Royal Belum, Perak.

Tambahnya, RM20 juta juga disediakan kepada Think City untuk mengangkat dan memulihara nilai Kuala Lumpur sebagai bandar raya kreatif dan
budaya. – MalaysiaGazette