Gambar pasangan Sabri Yunus dan Angeline Tan yang dimuat naik di Facebook Issey Fazlisham

KUALA LUMPUR – Pengarah dan juga pelakon terkenal, Sabri Yunus hari ini sah bergelar suami kepada Angeline Tan selepas diijab kabulkan hari ini.

Pasangan itu yang merupakan pelakon dalam sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tan Tu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam satu majlis yang diadakan di Kangar, Perlis.

Video majlis pernikahan pasangan itu dimuat naik di Facebook Issey Fazlihsham.

Kedua-dua mereka sah menjadi suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

Pada majlis itu Angeline atau lebih dikenali sebagai Lucy menerima mas kahwin berupa seutas rantai emas.

Sabri dan Angeline popular pada era 90an menerusi sitkom tersebut yang menampilkan mereka Sabri memegang watak sebagai Wan Ismail Golok manakala Angeline pula sebagai Lucy. – MalaysiaGazette