Ranil Wickremesinghe

NEW DELHI – Perkhidmatan feri yang menghubungkan selatan India dan utara Sri Lanka dilancarkan pada Sabtu, dengan kedua-dua negara itu menyifatkannya sebagai babak baharu dalam hubungan mereka.

Perkhidmatan feri ini menghubungkan Nagapattinam di negeri Tamil Nadu, India dengan Kankesanthurai di Sri Lanka.

Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berkata, perkhidmatan feri itu akan mempromosi perdagangan dan hubungan budaya.

“Perkhidmatan feri itu adalah langkah penting dalam meningkatkan kesalinghubungan antara India dan Sri Lanka,” katanya.

Beliau berkata, kesalinghubungan antara kedua-dua negara terganggu akibat perang di utara Sri Lanka dan kini dipulihkan semula setelah situasi di kawasan itu kembali aman.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata kedua-dua negara juga sedang menjalin kerjasama dalam bidang kewangan dengan menghubungkan Unified Payments Interface (UPI) dan sistem pembayaran digital Lanka Pay sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan kerjasama. – Bernama