GEORGE TOWN – Lorong kanan di Line N (CH 0.6 – CH 1.4) dan Line M (CH 0.9 – CH 1.9) bagi kedua-dua hala di Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup bagi memberi laluan kepada pembinaan persimpangan Bayan Lepas- George Town.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, penutupan laluan itu bermula hari ini sehingga 31 Mac tahun depan.

“Penutupan itu adalah bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan di persimpangan Bayan Lepas – George Town oleh IJM Corporation Berhad.

“Justeru, pengguna lebuh raya bagi laluan tersebut dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka susulan penutupan lorong sepanjang tempoh tersebut,” katanya,

PLUs turut menasihatkan lebuh raya untuk mematuhi semua papantanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh pihaknya dari semasa ke semasa ketika melalui kawasan kerja terbabit yang dikeluarkan oleh pihak IJM. – MalaysiaGazette