Foto Instagram Elly Mazlein.

KUALA LUMPUR – Bekas pengacara All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein kembali menarik perhatian netizen apabila hantaran di media sosialnya seolah-olah memberi bayangan kenapa dia berundur daripada program realiti itu.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Elly atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi memberi gambaran dia melepaskan tugasnya itu kerana ingin memberi peluang kepada seseorang yang sedang goyang untuk bekerja lebih baik.

“Kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita. Sebab apa? Sebab niat kita ini baik untuk memberi laluan kepada orang ‘is shaking’ buat kerja dengan lebih selesa.

“Mengalah tidak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia,” tulisnya malam tadi.

“Kita sudah elok senyap, member pulak ‘menggelitat’ nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia, dunia. Menghukum orang tak habis-habis supaya diri nampak terpaling baik.Makin serlah kelucuan ini.

“Ni baru nama lucu .. tak adalah ia lucu stereotaip,” katanya.

Elly turut meninggalkan pesanan kepada individu terbabit supaya berpijak di bumi nyata.

“Dulu kini dan selamanya walaupun sehebat mananya kita, sombong, hebat kasi turn sikit (kurangkan) dik… Ingat asal usul,” katanya.

Rabu lalu, Astro dalam kenyataan rasmi mengumumkan pengunduran Elly sebagai pengacara ASGV.

Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina itu dilaporkan membuat keputusan itu atas sebab peribadi.

Dia meraih trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Julai lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast