SULUNG, Rungkai Rintangan Demi Masa Depan

Melanjutkan pelajaran ke menara gading menjadi impian setiap insan. Namun tidak semua mampu meneruskan perjalanan menuntut ilmu dek kerana masalah kewangan.

Tiga kisah yang dipaparkan dalam video ini cukup jelas menggambarkan perit jerih kehidupan dalam memastikan anak-anak mendapat tempat di peringkat pendidikan tinggi.

Program SULUNG 2.0, inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merungkai kesukaran yang dihadapi pelajar, sekali gus membawa lembaran baharu kepada golongan B40.

#Sulung #KPT

1 Komen

  1. Tq SULUNG, anak buah saya pun dapat. Mmg sangat meringankan beban ditambah video ni mmg inspired sangat.

Comments are closed.