Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Simposium 'The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Foto MUHD NA’IM,18 OKTOBER 2023.

PUTRAJAYA – Rombakan Kabinet untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan dilakukan selepas memiliki calon yang sesuai.

“Bila ada calon ,” Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ringkas sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Simposium ‘The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar kerajaan segera melantik seorang menteri bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sudah hampir tiga bulan kementerian berkenaan tidak mempunyai seorang menteri bagi menguruskan pelbagai urusan.

“Cuba cakap, bila nak lantik menteri iaitu menteri KPDN? Takkan kita nak mengharapkan Perdana Menteri turun ke lapangan setiap hari?

“Ini ‘basic’, bukan setakat masalah beras tetapi ini sebagai ‘triple threat’ beras, gula kawalan harga dan juga minyak paket kawalan harga.

“Ini kerana, selagi ketiga-tiga barang kawalan harga ini tiada di pasaran rakyat akan terkesan dengan kenaikan kos sara hidup yang mendadak walaupun kadar inflasi negara terkawal antara dua hingga ke tiga peratus,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam masa terdekat melibatkan beberapa kementerian selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast