Polis tagih maklumat awam mengenai insiden tular Myvi warna hijau yang dikejar motosikal menjerit makan tak bayar di kawasan kajang dalam kejadian Isnin lalu.

KAJANG – Polis sedang menjejaki pemandu kereta Myvi yang dikejar penunggang motosikal sambil menjeri ‘makan tak bayar’, seperti tulat di platform X.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan polis mendapati kejadian itu dikesan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu di sebuah gerai tepi jalan di Kampung Jambu, di sini.

“Semakan lanjut polis juga mendedahkan bahawa kereta Mvyi yang dikejar dalam video tular itu menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohd Zaid, setakat ini polis tidak menerima laporan berkaitan insiden itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkannya dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Somesurehsan Munusamy di talian 016-4915193 atau headir di balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette