LONDON – Anak sulung Cristiano Ronaldo, Cristiano Junior mengikuti jejak bapanya apabila melengkapkan perpindahan dengan menyertai Al-Nassr selepas menandatangani perjanjian dengan pasukan remaja kelab tersebut.
Remaja berusia 13 tahun itu sebelum ini pernah bermain untuk pauskan akademi di Real Madrid, Juventus dan Manchester United.
Dia kini sedang berusaha memajukan perkembangannya di Arab Saudi dengan Cristiano Jnr. bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan oleh skuad bawah 13 tahun (B-13) Al-Nassr.
Cristiano juga telah membuat debut yang mengagumkan dalam kariernya apabila berjaya menjaringkan 25 gol dalam lapan perlawanan semasa berada di Juventus dan mahukan jersi nombor 7 ikonik bapanya di kelab baharu itu.
Satu perjanjian telah dicapai oleh semua pihak yang terlibat dan bintang muda itu dijangka memulakan latihan bersama rakan-rakan sepasukan baharunya dalam beberapa hari akan datang.
Januari lalu, Ronaldo bersama keluarganya telah berhijrah ke negara Asia Barat pada Januari selepas kontraknya ditamatkan di Manchester United dan akhirnya memutuskan untuk meninggalkan bola sepak di Eropah.
Pemenang Ballon d’ Or sebanyak lima kali itu mendedahkan, anak sulungnya mahu beliau terus bermain dan menangguhkan dahulu hasrat untuk bersara supaya mereka berdua boleh bermain dalam perlawanan bersama.
Cristiano Jnr. merupakan anak sulung daripada lima beradik buat Ronaldo yang pertama kali menjadi bapa pada usia hanya 25 tahun ketika anaknya dilahirkan pada Jun 2010, namun identiti ibu anaknya itu tidak pernah didedahkan secara terbuka. – Agensi