KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Israel sebagai penganas antarabangsa yang merbahaya kerana menyerang hospital di Gaza yang mengorban ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, Israel berani melakukan perbuatan itu kerana disokong oleh Amerika Syarikat (AS).
“Mereka (Israel) tergolong dalam golongan pengganas kerana melanggar undang-undang antarabangsa dengan menyerang dan mengebom hospital di Gaza sehingga ramai rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terkorban.
“Kita berkumpul hari ini untuk menunjukkan secara kuat dan jelas betapa benci kita ke atas orang seperti AS dan Britain yang berjuang tanpa mempedulikan sama ada perbuatan mereka ikut undang-undang atau sebaliknya.
“Keakraban mereka dengan Israel menyebabkan mereka sokong apabila Israel melakukan jenayah besar yang mana kita tidak boleh menerimanya sama sekali AS, Britain dan Eropah sebagai pejuang kemanusiaan kerana sifat mereka gagal cerminkan mereka sebagai negara dan manusia bertamadun,” katanya dalam Himpunan Bantahan keras ke atas Israel di Masjid Tabung Haji selepas solat Jumaat di sini hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga menambah setakat tunjuk perasaan dalam himpunan tidak memadai untuk rakyat negara ini menunjukkan kolabarasi menentang Israel.
“Kalau ada bantuan yang boleh diberi dalam bentuk wang atau makanan kita kumpul seberapa yang mampu untuk menolong mangsa kezaliman di Gaza..Insya-Allah tuhan bersama kita,” katanya.
Terdahulu Himpunan Gabung NGO dan Penjuang itu turut dihadiri bekas pemimpin PKR, Thian Chua.
Mereka berarak beramai ramai dari Masjid Tabung Haji menuju ke Kedutaan AS di Jalan Tun Razak dengan mendukung plakad mengecam Israel.
Anak Dr Mahathir iaitu Presiden Pejuang, Mukhriz dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut berarak bersama lebih 500 orang membawa plakad mengecam Israel selain bendera Palestin. – MalaysiaGazette