Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menasihati para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tipu helah yang dilakukan oleh scammer.

Terbaharu, pihak yang tidak bertanggungjawab itu kini menggunakan taktik mengiklankan skim pelaburan di media sosial seperti Facebook dan TikTok.

“Iklan-iklan ini akan dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp untuk terus memperdaya orang ramai dengan menjanjikan keuntungan tinggi dan pantas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Orang ramai terutamanya pendeposit TH perlu berhati-hati untuk tidak mudah percaya dan terjerat dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi skim-skim pelaburan yang meragukan.

TH sentiasa memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasminya.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast