palestin
Poster hebahan Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, malam esok.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula pukul 7 malam dan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah.

Perdana Menteri serta pemimpin-pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dijadualkan menyampaikan ucapan masing-masing pada program berkenaan.

Jemputan terbuka kepada semua NGO, parti politik serta rakyat pelbagai kaum dan para peserta digalakkan memakai baju berwarna putih. – MalaysiaGazette