Dua tebusan yang dibebaskan Hamas.-Foto Al-Qassam Brigades

TEL AVIV – Pasukan pejuang pembebasan Palestin Hamas membebaskan dua tahanan warga Israel Nurit Cooper, 80 dan Yocheved Lifshitz, 85.

Kedua-duanya dari Kibbutz Nir Oz dibebaskan ke Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) yang membawa mereka ke persimpangan Rafah di mana mereka diserahkan kepada  pegawai Israel.

Bagamanapun suami kedua-dua wanita berkenaan masih lagi berada dalam tahanan Hamas bersama lebih 200 yang tangkap dalam serangan mengejut pejuang Palestin itu pada 7 Oktober lalu.

“Kami memutuskan untuk membebaskan mereka atas sebab kemanusiaan dan kesihatan yang mendesak,” kata jurucakap Hamas, Abu Ubaida. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast